(a) Tutis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menuniukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunannnya. Anda tidak boteh menambah atau membuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i) gemerlap
- Cahaya yang dihasilkan oleh lampu di bangunan itu sungguh gemerlap.
(ii) gemilang
- Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini diraikan dengan penuh gemilang.
(iii) gemuruh
- Temuduga biasiswa ini membuatkan saya berasa gemuruh hingga berpeluh.
(iv) gelisah
- Mak berasa gelisah kerana adik belum balik ke rumah walaupun sudah lewat malam.
(v) gelojoh
- Jika kita makan dengan gelojoh kita boleh tercekik.
(vi) gersang
- Tanah yang gersang tidak sesuai untuk ditanam pokok.
(b) Cerakinkan ayat-ayat maimuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.
- i) Semangat kejiranan amat penting
ii) Semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan.
(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke
sekolah.
- i) Amar hidup dalam kemiskinan.
ii) Amar sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
- i) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan.
ii) Sewaktu hari perayaan, semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bolehh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak
perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah secara tekal dapat menangani
ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.
- kanser
- mengurangkan
(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan
Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.
- hadapan
- berlansung
(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua
bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Rarnadan yang lepas.
- masjid
- hadkan
(d) Datam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan
bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.
- tertera
- ialah
(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa
walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.
- kerana
- itu
(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjava menggondol
pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang.
- apabila
- dimainkan
(e) Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.
(i) jinak-jinak merpati
- Hani mudah didekati tetapi susah dipikat.
(ii) melepaskan anjing tersepit.
- Adry digigit anjing yang dia baru sahaja tolong.
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
- Kumpulan itu membahagikan hadian secara sama rata kepada setiap ahli kumpulannya.