Monday, 29 October 2018

Perak BM2 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.                          
                                                                                                                        
(i) lauk-pauk
Ibu telah menyediakan lauk-pauk kami sekeluarga sempena hari ulang tahun adik.

(ii) mandi-manda
Syamil sedang mandi-manda di kolam belakang rumahnya sewaktu kejadian itu terjadi.

(iii) desas-desus
Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu telah mengambil rasuah sedang disiasat.

(iv) lintang-pukang
Zach lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor babi hutan.

(v) gilang-gemilang
Majlis perkahwinan anak perdana menteri itu berlangsung dalam suasana gilang-gemilang.

(vi) turun-temurun
Makanan tradisional  yang merupakan warisan turun- temurun masyarakat Melayu akan dijual di festival itu

(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada enam ayat tunggal.

(i)   Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.     
(ii)  Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.       
(iii) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu   
pengetahuan.
(iv) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala  
kemahiran.
(v) Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
(vi)Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.         


(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.

Bil
Kesalahan
Pembetulan
(i)
unifom
uniform
perlengkapan
kelengkapan
(ii)
kerinting
keriting
berpakai
memakai
(iii)
merialisasikan
merealisasikan
mengila
menggila


(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.
Bil
Kesalahan
Pembetulan
(i)
Lukisan-lukisan yang cantik-cantik
Lukisan-lukisan yang cantik / Lukisan yang cantik-cantik
dijulang
dijilat
(ii)
Dari masa ke semasa
Dari masa ke masa / Dari semasa ke semasa
disangsi
disyaki
(iii)
dari
daripada
tinggi
cemerlang


(e)  Nyatakan peribahasa

(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Wednesday, 18 July 2018

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM Terengganu BM2 2017 (Soalan 3)

(a) Tutis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah untuk menuniukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunannnya. Anda tidak boteh menambah atau membuang imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) gemerlap
          - Cahaya yang dihasilkan oleh lampu di bangunan itu sungguh gemerlap.
(ii) gemilang
          - Sambutan Hari Kemerdekaan pada tahun ini diraikan dengan penuh gemilang.
(iii) gemuruh
          - Temuduga biasiswa ini membuatkan saya berasa gemuruh hingga berpeluh.
(iv) gelisah
          - Mak berasa gelisah kerana adik belum balik ke rumah walaupun sudah lewat malam.
(v) gelojoh
          - Jika kita makan dengan gelojoh kita boleh tercekik.
(vi) gersang
          - Tanah yang gersang tidak sesuai untuk ditanam pokok.

(b) Cerakinkan ayat-ayat maimuk di bawah kepada dua ayat tunggal.

(i) Semangat kejiranan amat penting kerana dapat memupuk perpaduan.
          - i) Semangat kejiranan amat penting
            ii) Semangat kejiranan dapat memupuk perpaduan.
(ii) Walaupun Amar hidup dalam kemiskinan tetapi dia sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
          - i) Amar hidup dalam kemiskinan.
            ii) Amar sentiasa berpakaian kemas ke sekolah.
(iii) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan dan semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.
          - i) Sewaktu hari perayaan, rumah terbuka boleh diadakan.
            ii) Sewaktu hari perayaan, semua kaum boleh mengunjungi jiran mereka.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bolehh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Menurut pakar-pakar perubatan, amalan menderma darah  secara tekal dapat menangani ancaman canser dan dikurangkan risiko serangan sakit jantung.
          - kanser
          - mengurangkan
(ii) Tiga orang guru SMK Pulau Damai dipilih menjadi urusetia untuk Pertandingan Perbahasan Peringkat Negeri Terengganu yang akan melangsungkan pada bulan depan.
          - hadapan
          - berlansung
(iii) Jawatankuasa mesjid tersebut telah menghadkan pemberian bubur lambuk sebanyak dua bungkus bagi setiap satu keluarga pada bulan Rarnadan yang lepas.
          - masjid
          - hadkan

(d) Datam ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Telah termaklum dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan menjadi bahasa pertuturan dalam semua urusan-urusan rasmi.
          - tertera
          - ialah


(ii) Sejak awal tahun, pekerja-pekerja syarikat itu tidak dibayar gaji kerja lebih masa walaupun syarikat mengalami masalah kewangan.
          - kerana
          - itu
(iii) Dalam temasya sukan di peringkat antarabangsa, bila atlet negara berjava menggondol pingat emas, lagu Negaraku akan berdendang.
          - apabila
          - dimainkan

(e) Bina satu ayat berdasarkan peribahasa di bawah.

(i) jinak-jinak merpati
          - Hani mudah didekati tetapi susah dipikat.
(ii) melepaskan anjing tersepit.
          - Adry digigit anjing yang dia baru sahaja tolong.
(iii) hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah
          - Kumpulan itu membahagikan hadian secara sama rata kepada setiap ahli kumpulannya.