(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.
(i) lauk-pauk
Ibu telah menyediakan lauk-pauk kami sekeluarga sempena hari ulang tahun adik.
(ii) mandi-manda
Syamil sedang mandi-manda di kolam belakang rumahnya sewaktu kejadian itu terjadi.
(iii) desas-desus
Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu telah mengambil rasuah sedang disiasat.
(iv) lintang-pukang
Zach lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor babi hutan.
(v) gilang-gemilang
Majlis perkahwinan anak perdana menteri itu berlangsung dalam suasana gilang-gemilang.
(vi) turun-temurun
Makanan tradisional yang merupakan warisan turun- temurun masyarakat Melayu akan dijual di festival itu
(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada enam ayat tunggal.
(i) Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.
(ii) Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.
(iii) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu
pengetahuan.
(iv) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala
kemahiran.
(v) Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
(vi)Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.
(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.
Bil
|
Kesalahan
|
Pembetulan
|
(i)
|
unifom
|
uniform
|
perlengkapan
|
kelengkapan
| |
(ii)
|
kerinting
|
keriting
|
berpakai
|
memakai
| |
(iii)
|
merialisasikan
|
merealisasikan
|
mengila
|
menggila
|
(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.
Bil
|
Kesalahan
|
Pembetulan
|
(i)
|
Lukisan-lukisan yang cantik-cantik
|
Lukisan-lukisan yang cantik / Lukisan yang cantik-cantik
|
dijulang
|
dijilat
| |
(ii)
|
Dari masa ke semasa
|
Dari masa ke masa / Dari semasa ke semasa
|
disangsi
|
disyaki
| |
(iii)
|
dari
|
daripada
|
tinggi
|
cemerlang
|
(e) Nyatakan peribahasa
(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya