Monday, 29 October 2018

Perak BM2 2018

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah.                          
                                                                                                                        
(i) lauk-pauk
Ibu telah menyediakan lauk-pauk kami sekeluarga sempena hari ulang tahun adik.

(ii) mandi-manda
Syamil sedang mandi-manda di kolam belakang rumahnya sewaktu kejadian itu terjadi.

(iii) desas-desus
Desas-desus mengatakan bahawa pengarah syarikat itu telah mengambil rasuah sedang disiasat.

(iv) lintang-pukang
Zach lari lintang-pukang apabila dikejar oleh seekor babi hutan.

(v) gilang-gemilang
Majlis perkahwinan anak perdana menteri itu berlangsung dalam suasana gilang-gemilang.

(vi) turun-temurun
Makanan tradisional  yang merupakan warisan turun- temurun masyarakat Melayu akan dijual di festival itu

(b) Cerakinkan ayat majmuk kepada enam ayat tunggal.

(i)   Golongan muda merupakan modal insan yang tidak ternilai kepada negara.     
(ii)  Golongan muda ialah pelapis untuk memimpin negara pada masa akan datang.       
(iii) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu   
pengetahuan.
(iv) Golongan muda perlu melengkapkan diri masing-masing dengan segala  
kemahiran.
(v) Golongan muda mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.
(vi)Pembinaan sahsiah juga harus sentiasa dipupuk dalam diri setiap golongan muda.         


(c) Kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan.

Bil
Kesalahan
Pembetulan
(i)
unifom
uniform
perlengkapan
kelengkapan
(ii)
kerinting
keriting
berpakai
memakai
(iii)
merialisasikan
merealisasikan
mengila
menggila


(d) Kesalahan penggunaan kata dan kesalahan tatabahasa.
Bil
Kesalahan
Pembetulan
(i)
Lukisan-lukisan yang cantik-cantik
Lukisan-lukisan yang cantik / Lukisan yang cantik-cantik
dijulang
dijilat
(ii)
Dari masa ke semasa
Dari masa ke masa / Dari semasa ke semasa
disangsi
disyaki
(iii)
dari
daripada
tinggi
cemerlang


(e)  Nyatakan peribahasa

(i) sudah jatuh ditimpa tangga
(ii) seperti kacang lupakan kulit
(iii) jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya